Monday 26 December 2011

Rancangan Pembangunan Modal Insan

 Program Pendidikan


Pendidikan Prasekolah dan Rendah. Enrolmen kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun meningkat kepada 702,897 pada tahun 2005. Sebanyak 51.3 peratus daripada jumlah enrolmen tersebut di prasekolah awam. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun telah diwajibkan di semua prasekolah mulai tahun 2003 untuk menjamin kualitinya. Enrolmen di sekolah rendah meningkat kepada 3.0 juta pada tahun 2005.

Pembinaan 9,930 bilik darjah baru telah menyumbang kepada peningkatan nisbah kelas kepada bilik darjah daripada 1:0.90 pada tahun 2000 kepada 1:0.92 pada tahun 2005. 11.09 Bagi menggalakkan penyertaan yang lebih besar dan meningkatkan prestasi pelajar di sekolah rendah, pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, kemudahan asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin disediakan terutamanya kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kawasan pedalaman dan Orang Asli. Enrolmen pelajar Orang Asli di peringkat pendidikan rendah meningkat daripada 21,704 pada tahun 2000 kepada 26,210 pada tahun 2005 manakala peringkat pendidikan menengah daripada 5,971 kepada 8,490. Disamping itu, Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak menyediakan infrastruktur dan kemudahan secara bersepadu di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Pelbagai program dilaksanakan bagi memupuk nilai moral dan etika serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Pada tahun 2005, program j-QAF diperkenalkan kepada pelajar beragama Islam di sekolah rendah yang melibatkan pelajar Tahun 1. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan juga diperkenalkan pada tahun 2005 kepada pelajar Tahun 4 sekolah rendah dan Tingkatan 1 sekolah menengah bagi mewujudkan kesedaran mengenai peranan, hak dan tanggungjawab ke arah melahirkan masyarakat yang patriotik. 


Pendidikan Menengah. Enrolmen di sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan meningkat kepada 2.1 juta pelajar pada tahun 2005. Enrolmen pelajar di sekolah teknik dan vokasional meningkat kepada 72,827 pada tahun 2005. Pembinaan sebanyak 9,936 bilik darjah meningkatkan nisbah kelas kepada bilik darjah daripada 1:0.83 pada tahun 2000 kepada 1:0.85 pada tahun 2005. Peratusan pelajar aliran sains meningkat daripada 32.2 peratus pada tahun 2000 kepada 45.6 peratus pada tahun 2005. Merujuk kepada objektif memahami pembacaan dan penulisan Jawi, pembacaan dan penghafalan Al-Quran, mendapatkan kemahiran asas dalam bahasa Arab dan memperkukuh serta menerapkan amalan fardhu ain.

Pembangunan Guru. Kurikulum dan kokurikulum latihan perguruan diperkukuh untuk menjadikan guru sebagai pengurus yang cekap dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya menggunakan ICT bagi mencipta teknik pengajaran yang inovatif. Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru diteruskan bagi meningkatkan bilangan guru berijazah.

** Pembangunan modal insan penting bagi meningkatkan kebolehpasaran generasi muda dalam pasaran pekerjaan kelak.

No comments:

Post a Comment