Sunday 1 January 2012

Tahun 2012 : Kenaikan gaji kakitangan awam

Seperti yang dijanji dalam perbentangan bajet 2012 berkenaan isu Kenaikan Gaji Tahunan antara RM80-RM320 telah diumumkan oleh PM untuk semua penjawat awam. Ia telah menambahbaik kenaikan gaji sebelum ini yang serendah RM40. Ini memungkinkan mereka yang Gred 1 menikmati kenaikan tahunan RM80 setahun. Manakala untuk lain-lain gred juga ada peningkatan sehinggalah Gred Tertinggi Jusa atau sebagainya RM320. Sebagaimana contoh dibawah :



CONTOH KENAIKAN GAJI TAHUNAN SISTEM SARAAN BARU KAKITANGAN AWAM DALAM BAJET 2012
Gred 1-16 :  RM80
Gred 17-26 :  RM120
Gred 27-40 :  RM160
Gred 41-48 :  RM220
Gred 52-54 :  RM260
JUSA A,B dan C :  RM320
Namun ini cuma andaian/spekulasi semata. Untuk pengesahan kita akan tunggu dan lihat perkembangan seterusnya nanti. Apapun kakitangan awam sewajarnya mensyukuri kenaikan ini dan semoga mutu perkhidmatan awam akan terus meningkat dan cemerlang sebagaimana saranan PM kita.
Bagi penulis kenaikan gaji yang diumumkan dalam bajet 2012 sebenarnya terlalu kecil berbanding dengan kenaikan harga barang pada masa kini. Tapi kira okey lah daripada tidak dapat langsung. Saya yakin seluruh kakitangan awam berharap isu ini bukan sekadar omong kosong, bermula Januari 2012 pekerja sektor awam akan menerima kenaikan gaji seperti yang dijanjikan. 


Monday 26 December 2011

Rancangan Pembangunan Modal Insan

 Program Pendidikan


Pendidikan Prasekolah dan Rendah. Enrolmen kanak-kanak prasekolah berumur empat hingga enam tahun meningkat kepada 702,897 pada tahun 2005. Sebanyak 51.3 peratus daripada jumlah enrolmen tersebut di prasekolah awam. Penggunaan Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Prasekolah bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun telah diwajibkan di semua prasekolah mulai tahun 2003 untuk menjamin kualitinya. Enrolmen di sekolah rendah meningkat kepada 3.0 juta pada tahun 2005.

Pembinaan 9,930 bilik darjah baru telah menyumbang kepada peningkatan nisbah kelas kepada bilik darjah daripada 1:0.90 pada tahun 2000 kepada 1:0.92 pada tahun 2005. 11.09 Bagi menggalakkan penyertaan yang lebih besar dan meningkatkan prestasi pelajar di sekolah rendah, pelbagai program sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks, kemudahan asrama, Skim Baucer Tuisyen dan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin disediakan terutamanya kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah, kawasan pedalaman dan Orang Asli. Enrolmen pelajar Orang Asli di peringkat pendidikan rendah meningkat daripada 21,704 pada tahun 2000 kepada 26,210 pada tahun 2005 manakala peringkat pendidikan menengah daripada 5,971 kepada 8,490. Disamping itu, Program Pembangunan Pendidikan Luar Bandar Sabah dan Sarawak menyediakan infrastruktur dan kemudahan secara bersepadu di sekolah luar bandar dan pedalaman.

Pelbagai program dilaksanakan bagi memupuk nilai moral dan etika serta melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Pada tahun 2005, program j-QAF diperkenalkan kepada pelajar beragama Islam di sekolah rendah yang melibatkan pelajar Tahun 1. Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan juga diperkenalkan pada tahun 2005 kepada pelajar Tahun 4 sekolah rendah dan Tingkatan 1 sekolah menengah bagi mewujudkan kesedaran mengenai peranan, hak dan tanggungjawab ke arah melahirkan masyarakat yang patriotik. 


Pendidikan Menengah. Enrolmen di sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan meningkat kepada 2.1 juta pelajar pada tahun 2005. Enrolmen pelajar di sekolah teknik dan vokasional meningkat kepada 72,827 pada tahun 2005. Pembinaan sebanyak 9,936 bilik darjah meningkatkan nisbah kelas kepada bilik darjah daripada 1:0.83 pada tahun 2000 kepada 1:0.85 pada tahun 2005. Peratusan pelajar aliran sains meningkat daripada 32.2 peratus pada tahun 2000 kepada 45.6 peratus pada tahun 2005. Merujuk kepada objektif memahami pembacaan dan penulisan Jawi, pembacaan dan penghafalan Al-Quran, mendapatkan kemahiran asas dalam bahasa Arab dan memperkukuh serta menerapkan amalan fardhu ain.

Pembangunan Guru. Kurikulum dan kokurikulum latihan perguruan diperkukuh untuk menjadikan guru sebagai pengurus yang cekap dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta berupaya menggunakan ICT bagi mencipta teknik pengajaran yang inovatif. Pelaksanaan Program Pensiswazahan Guru diteruskan bagi meningkatkan bilangan guru berijazah.

** Pembangunan modal insan penting bagi meningkatkan kebolehpasaran generasi muda dalam pasaran pekerjaan kelak.

Thursday 22 December 2011

Jurang Perbezaan Pendapatan

       UTUSAN MALAYSIA – 16 JUN 2009   


Bagi sesetengah sektor, pergantungan berlebihan kepada buruh asing menyebabkan faktor upah pekerja tidak mahir menjadi tegar (tepu) atau mungkin berkurangan.  Besar kemungkinan upah pekerja tidak mahir di kalangan penduduk tempatan meningkat pada kadar yang jauh lebih rendah daripada kadar peningkatan pendapatan per kapita negara. Keadaan ini akan meluaskan jurang perbezaan pendapatan dalam ekonomi.  Secara khusus, kemasukan pekerja asing boleh melambatkan usaha mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat juga melalui dua cara.  Pertama, kemasukan itu akan menambah bilangan pekerja baru yang muda dan tidak mahir, dan seterusnya membawa perubahan dalam struktur umur tenaga buruh. Perubahan itu boleh meningkatkan ketidaksamaan pendapatan walaupun tidak terdapat perubahan dalam struktur upah dan pendapatan.  

         Kedua, kemasukan secara beramai-ramai itu akan merendahkan secara relatif upah pekerja tidak mahir sementara upah pekerja mahir dan pulangan pemilik modal terus meningkat. Akibatnya, jurang perbezaan pendapatan dalam masyarakat akan melebar. Anjakan jenis pekerjaan daripada buruh ke pengusaha kini berbentuk petty traders dan dalam sektor tidak formal. Fenomena petty traders ini wujud di Chow Kit, Petaling Street di Kuala Lumpur sementara di Klang pula kewujudan Little India. Selain itu, pekan sempadan seperti Wang Kelian dan Padang Besar di Perlis pula dikuasai oleh pengusaha dari Thailand. Kini pengusaha asing juga terlibat sebagai orang tengah dalam sektor-sektor formal sama ada melalui status mereka sebagai 'pegawai dagang' atau melalui usaha sama dengan pengusaha tempatan.  


       Kesimpulannya, walaupun kehadiran pekerja-pengusaha ini dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja dan membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi ia tetap menimbulkan masalah.  Antaranya, kewujudan pekerja-pengusaha asing ini ia boleh mengehadkan pencapaian dasar kerajaan untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan

Thursday 8 December 2011

Penentuan Upah Mengikut Islam

    Upah perlu ditentukan secara adil dan tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Menurut Surtahman Kastin dan Abd. Ghafar (2001), kadar upah buruh yang adil adalah yang setimpal dengan bidang kerja, bergantung kepada kualiti buruh yang merangkumi aspek fizikal, kemahiran latihan dan mentalnya dan seboleh-bolehnya melebihi kadar keperluan menampung perbelanjaan diri dan ahli keluargannya. Justeru, pada pandangan beliau, Islam menggariskan dua prinsip utama tentang upah. Pertama, upah perlu setimpal dengan kualiti kerja dan kedua, upah perlu melebihi tahap minimum keperluan asas seseorang. Prinsip penentuan upah berdasarkan kualiti kerja malah mungkin tidak selari dengan tuntutan Islam. 

Jika mereka menyusukan (anak-anak) untukmu maka berikanlah kepada mereka
upahnya dan musyawarahlah antara kamu dengan ma’ruf (baik). (Surah al-Talaq
65: 6)

        Jika diteliti Surah al-Talaq ayat 6 itu maka boleh difahami bahawa upah seharusnya ditentu secara musyawarah antara majikan dan pekerja. Musyawarah dalam konteks ini boleh ditafsirkan sebagai proses perbincangan atau tawar menawar untuk menentukan kadar upah yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak, majikan dan pekerja. Ayat ini ditujukan khas kepada penentuan upah bagi kerja penyusuan bayi, namun konsep musyawarah dalam Islam adalah bersifat umum. Oleh itu satu prinsip umum penentuan upah boleh diperoleh daripada maksud ayat tersebut. 

        Saya berpendapat bahawa prinsip musyawarah yang melibatkan proses tawar menawar secara baik antara majikan dan pekerja dalam menentukan upah adalah lebih sesuai dan adil seperti yang dituntut oleh Islam. Sekarang perhatikan konsep pasaran buruh. Pasaran buruh boleh difahamkan sebagai satu susun atur yang melibatkan sama ada kontrak secara formal atau perjanjian tak formal yang dengannya pembeli (majikan) dan penjual (pekerja) khidmat buruh sama-sama bersetuju tentang terma kerja (iaitu termasuk gaji dan pampasan, faedah sampingan, jumlah jam dan syarat-syarat lain bersabit dengan pekerjaan itu). Dalam perkataan lain, pasaran buruh adalah mekanisme yang menterjemahkan proses tawar menawar majikan dan pekerja dalam menentukan upah dan syarat-syarat kerja yang dipersetujui bersama.

RUJUKAN
Surtahman Kastin Hassan dan Abd. Ghafar Ismail. 2001. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam
          Islamiyyat 22: 3–12.
Mansor Jusoh & Nor Ghani  MD. Nort. 2005. Tenaga Buruh dan Upah dalam Islam: Satu Pandangan
          Alternatif. MIYYAT27(1) (2005): 67 - 79

Saturday 3 December 2011

BAB 5 : HUBUNGAN PERDAGANGAN DAN GUNA TENAGA

Model Perdagangan Hecksher-Ohlin di perkenalkan oleh Eli Hecskher (1919) dan Bertil Ohlin (1933) bagi mengantikan teori klasik yang dilihat banyak kelemahan. Teori Klasik Comparative advantage menjelaskan bahawa perdagangan internasional berlaku kerana terdapatnya perbezaanan produktiviti pekerja antara negara. Namun teori klasik ini tidak memberikan penjelasan mengenai penyebab perbezaaan produktiviti tersebut. sebaliknya kemunculan Teori H-O cuba memberikan penjelasan mengenai penyebab terjadinya perbezaan produktiviti pekerja dalam sesebuah negara.

            Pertumbuhan eksport dan pertumbuhan guna tenaga adalah berkait secara langsung. Permintaan eksport yang rendah di pasaran dunia menyebabkan industri ini akan mengurangkan kapasiti pengeluaran dan guna tenaga. Hubungan langsung di antara eksport dengan guna tenaga ini dapat diperjelaskan lagi berdasarkan teori perdagangan Hecksher-Ohlin (H-O). Teori ini dapat menerangkan bentuk perdagangan sesebuah negara dengan negara-negara lain di dunia berdasarkan perbezaan kurniaan faktor iaitu buruh dan modal. Mengikut teori H-O, negara yang memiliki kekayaan atau lebihan buruh seperti Malaysia akan mengkhususkan pengeluaran dan eksport barangan yang berintensifkan buruh dan sebaliknya mengimport barangan yang berintensifkan modal (Bashir & Rashid, 2002). Teori ini membawa implikasi bahawa pergerakkan turun naik perdagangan global secara langsung akan mempengaruhi guna tenaga domestik.

Situasi ini isunya adalah pekerja dan permintaan terhadap produk. Kapasiti pekerja dan modal yang diperlukan bergantung kepada permintaan pasaran. Hal ini demikian akan memberi impak kepada kadar upah pekerja. Misalnya di Indonesia, sebagai contoh  permintaan terhadap sesuatu produk batik adalah pada tahap sederhana sahaja, tetapi jumlah pengusaha batik terlalu banyak menyebabkan penawaran produk batik berlambak di pasaran. Hal ini memberi kesan kepada harga batik yang dihasilkan oleh pengusaha disebabkan oleh faktor persaingan dan keterlebihan buruh sehingga penawaran adalah tinggi sedangkan permintaan adalah sederhana.



Sunday 20 November 2011

Human Capital and Adjustment to Trade

The role of training in labour market adjustment

"The role that human capital formation may play in the economy’s
response to a trade shock is a relatively unexplored topic in the trade
literature. Changes in trade policy, through its effects on relative factor
returns, also change the incentives for workers to acquire skills. This
observation applies not only to new entrants to the labour force, but
also to those currently employed. Two different approaches have been
considered for the role of human capital, and therefore formal education
and training in trade adjustment, depending on whether the skills
acquired apply economy-wide or are industry-specific".


Monday 17 October 2011

Buruh dan Globalisasi ke Arah Internasionalisme Baru

Hubungan antara globalisasi (kapitalisme matang) dengan buruh adalah sesuatu yang agak kompleks manakala gerakan buruh pula bukan berada di dalam krisis yang serius ataupun sedang menuju ke arah suatu internasionalisme baru. Realiti dunia adalah lebih kompleks. Walaupun globalisasi telah melemahkan buruh dari pelbagai cara, tetapi ia juga mewujudkan peluang dan ruang untuk bertindak pada masa yang sama. Misalnya kemunculan kesatuan-kesatuan gerakan sosial di negara-negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan Korea Selatan telah menunjukkan antara lain bagaimana gerakan buruh boleh menghadapi cabaran globalisasi secara imaginatif. Tambahan pula, militan yang telah ditunjukkan oleh gerakan-gerakan global sosial terhadap globalisasi di beberapa tempat baru-baru ini membuktikan bahawa gerakan buruh dan kumpulan tertindas bergiat secara aktif di dalam proses menentang globalisasi. 
      Walau bagaimanapun, kewujudan penentangan terhadap globalisasi tidak bermakna gerakan buruh sedang menuju ke arah kewujudan suatu pakatan solideriti internasionalisme baru. Ini bukan bermakna gerakan-gerakan buruh tidak mampu, tetapi keadaan objektif dan subjektif belum wujud lagi. Fahaman realistik tentang hubungan globalisasi dan buruh perlu mengambil kira idea tokoh-tokoh seperti Karl Marx dan Karl Polanyi yang berhujah bahawa kapitalisme adalah suatu proses kontradiksi dan hubungan dengan buruh adalah penuh dengan cabaran dan konflik. Mereka berpendapat bahawa perluasan kapitalisme tanpa kawalan terpaksa menghadapi cabaran daripada buruh atau masyarakat.