Sunday 9 October 2011

PENGENALAN

Globalisasi dikatakan sebagai perkembangan terkini dalam integrasi antarabangsa dan mempunyai ciri-ciri yang belum pernah terjadi sebelumnya(OECD, 2007). Terdapat tiga perkembangan utama yang membezakan era globalisasi dengan sebelumnya iaitu pertama, kemasukan China dan India ke dalam ekonomi dunia telah mempunyai kesan yang besar terhadap global melalui  potensi penawaran tenaga buruh. Kedua, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi perantaraan kepada  firma perdagangan yang membolehkan pelbagai perkhidmatan yang sebelum ini dianggap tidak boleh diniagakan mula mendapat tempat dalam pasaran. Ketiga, pertambahan penduduk yang besar membolehkan hampir semua ekonomi OECD telah meningkat. Melalui proses ini, ahli ekonomi ekonomi menyifatkan ia sebagai manfaat kepada masyarakat global.
Namun begitu, secara khususnya, pasaran buruh dalam era globalisasi ini menimbulkan kebimbangan sebenar bagi golongan pekerja. Globalisasi nampaknya telah membuatkan pekerja berasa kurang selamat dan bimbang akan kedudukan mereka dalam pasaran buruh. Hal ini kerana terdapat tanggapan umum bahawa ekonomi perindustrian tidak akan dapat bersaing dengan barangan import yang dihasilkan oleh buruh asing yang jauh lebih murah. Hasilnya, akan ada tekanan terhadap kadar upah dan peningkatan dalam pengangguran. Di samping itu, buruh asing sering dilihat sebagai ancaman kepada pekerja-pekerja domestik kerana mereka perlu bersaing sektor pekerjaan.
Oleh itu, Program Globalisasi dan pasaran Buruh ( PGPB) di Universiti Nottingham  mengkaji sejauh mana pelarasan pasaran buruh adalah disebabkan oleh globalisasi dan akibat pelarasan ini kepada struktur pasaran buruh. Pelarasan pasaran buruh dikenalpasti melalui perbezaan kadar kewujudan pekerjaan dan kemusnahan firma, sektor, pekerjaan, wilayah atau Negara. Ini boleh menyebabkan kuantiti atau pengangguran dan perubahan kadar gaji berlaku.

2 comments:

  1. Dari buku "Globalisation, Transport and the Environment" yang saya baca istilah globalisasi ialah:

    Istilah "globalisasi" sering digunakan untuk menggambarkan aliran meningkatnya pengetahuan, sumber, barangan dan perkhidmatan dalam kalangan negara-negara. Istilah ini kadangkala ditakrifkan sebagai "pembangunan ekonomi global yang semakin bersepadu terutamanya dari segi perdagangan bebas, aliran bebas modal dan melalui pasaran buruh asing yang lebih murah".Globalisasi juga boleh digambarkan sebagai satu proses yang mana semua manusia di dunia disatukan ke dalam satu masyarakat dan mempunyai fungsi yang bersama.Proses ini merupakan gabungan daripada kuasa-kuasa ekonomi,teknologi, sosio-budaya dan politik. Istilah ini bagaimanapun sering digunakan untuk merujuk dalam erti kata yang sempit dalam globalisasi ekonomi, ia melibatkan integarsi ekonomi negara ke dalam ekonomi antarabangsa.Keadaan ini berlaku melalui perdagangan, pelaburan langsung asing, aliran modal, penghijrahan dan penyebaran teknologi.

    ReplyDelete
  2. tq atas pandangan anda. Bagi saya tiada istilah yang tepat untuk mendefinisikan apa itu "globalisasi".Oleh itu, setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam mentafsir konsep globalisasi.

    ReplyDelete