Monday 17 October 2011

Buruh dan Globalisasi ke Arah Internasionalisme Baru

Hubungan antara globalisasi (kapitalisme matang) dengan buruh adalah sesuatu yang agak kompleks manakala gerakan buruh pula bukan berada di dalam krisis yang serius ataupun sedang menuju ke arah suatu internasionalisme baru. Realiti dunia adalah lebih kompleks. Walaupun globalisasi telah melemahkan buruh dari pelbagai cara, tetapi ia juga mewujudkan peluang dan ruang untuk bertindak pada masa yang sama. Misalnya kemunculan kesatuan-kesatuan gerakan sosial di negara-negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan Korea Selatan telah menunjukkan antara lain bagaimana gerakan buruh boleh menghadapi cabaran globalisasi secara imaginatif. Tambahan pula, militan yang telah ditunjukkan oleh gerakan-gerakan global sosial terhadap globalisasi di beberapa tempat baru-baru ini membuktikan bahawa gerakan buruh dan kumpulan tertindas bergiat secara aktif di dalam proses menentang globalisasi. 
      Walau bagaimanapun, kewujudan penentangan terhadap globalisasi tidak bermakna gerakan buruh sedang menuju ke arah kewujudan suatu pakatan solideriti internasionalisme baru. Ini bukan bermakna gerakan-gerakan buruh tidak mampu, tetapi keadaan objektif dan subjektif belum wujud lagi. Fahaman realistik tentang hubungan globalisasi dan buruh perlu mengambil kira idea tokoh-tokoh seperti Karl Marx dan Karl Polanyi yang berhujah bahawa kapitalisme adalah suatu proses kontradiksi dan hubungan dengan buruh adalah penuh dengan cabaran dan konflik. Mereka berpendapat bahawa perluasan kapitalisme tanpa kawalan terpaksa menghadapi cabaran daripada buruh atau masyarakat.

No comments:

Post a Comment