Model Perdagangan Hecksher-Ohlin di perkenalkan oleh Eli Hecskher (1919) dan Bertil Ohlin (1933) bagi mengantikan teori klasik yang dilihat banyak kelemahan. Teori Klasik Comparative advantage menjelaskan bahawa perdagangan internasional berlaku kerana terdapatnya perbezaanan produktiviti pekerja antara negara. Namun teori klasik ini tidak memberikan penjelasan mengenai penyebab perbezaaan produktiviti tersebut. sebaliknya kemunculan Teori H-O cuba memberikan penjelasan mengenai penyebab terjadinya perbezaan produktiviti pekerja dalam sesebuah negara.
Pertumbuhan eksport dan pertumbuhan guna tenaga adalah berkait secara langsung. Permintaan eksport yang rendah di pasaran dunia menyebabkan industri ini akan mengurangkan kapasiti pengeluaran dan guna tenaga. Hubungan langsung di antara eksport dengan guna tenaga ini dapat diperjelaskan lagi berdasarkan teori perdagangan Hecksher-Ohlin (H-O). Teori ini dapat menerangkan bentuk perdagangan sesebuah negara dengan negara-negara lain di dunia berdasarkan perbezaan kurniaan faktor iaitu buruh dan modal. Mengikut teori H-O, negara yang memiliki kekayaan atau lebihan buruh seperti Malaysia akan mengkhususkan pengeluaran dan eksport barangan yang berintensifkan buruh dan sebaliknya mengimport barangan yang berintensifkan modal (Bashir & Rashid, 2002). Teori ini membawa implikasi bahawa pergerakkan turun naik perdagangan global secara langsung akan mempengaruhi guna tenaga domestik.

No comments:
Post a Comment