Monday 17 October 2011

Buruh dan Globalisasi ke Arah Internasionalisme Baru

Hubungan antara globalisasi (kapitalisme matang) dengan buruh adalah sesuatu yang agak kompleks manakala gerakan buruh pula bukan berada di dalam krisis yang serius ataupun sedang menuju ke arah suatu internasionalisme baru. Realiti dunia adalah lebih kompleks. Walaupun globalisasi telah melemahkan buruh dari pelbagai cara, tetapi ia juga mewujudkan peluang dan ruang untuk bertindak pada masa yang sama. Misalnya kemunculan kesatuan-kesatuan gerakan sosial di negara-negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan Korea Selatan telah menunjukkan antara lain bagaimana gerakan buruh boleh menghadapi cabaran globalisasi secara imaginatif. Tambahan pula, militan yang telah ditunjukkan oleh gerakan-gerakan global sosial terhadap globalisasi di beberapa tempat baru-baru ini membuktikan bahawa gerakan buruh dan kumpulan tertindas bergiat secara aktif di dalam proses menentang globalisasi. 
      Walau bagaimanapun, kewujudan penentangan terhadap globalisasi tidak bermakna gerakan buruh sedang menuju ke arah kewujudan suatu pakatan solideriti internasionalisme baru. Ini bukan bermakna gerakan-gerakan buruh tidak mampu, tetapi keadaan objektif dan subjektif belum wujud lagi. Fahaman realistik tentang hubungan globalisasi dan buruh perlu mengambil kira idea tokoh-tokoh seperti Karl Marx dan Karl Polanyi yang berhujah bahawa kapitalisme adalah suatu proses kontradiksi dan hubungan dengan buruh adalah penuh dengan cabaran dan konflik. Mereka berpendapat bahawa perluasan kapitalisme tanpa kawalan terpaksa menghadapi cabaran daripada buruh atau masyarakat.

Monday 10 October 2011

Globalisasi dan Pasaran Buruh di Malaysia


PRESTASI pasaran buruh pada 2008 dijangka kekal stabil didorong oleh sektor perkhidmatan dan pembuatan yang memberangsangkan serta menggalakkan. 

Ini dilihat menerusi peningkatan guna tenaga sebanyak 1.7 peratus kepada 11.6 juta pekerja berbanding 11.4 juta pekerja pada 2007. 

Peluang pekerjaan baru bagaimanapun dijangka berkurangan daripada 250,600 pada 2007 kepada 196,200 pada 2008 berikutan peningkatan penggunaan teknologi baru, termasuk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) serta penambahbaikan dalam proses kerja.


Namun, kadar pengangguran dijangka kekal pada paras 3.2 peratus, sementara tenaga buruh dijangka meningkat kepada 12 juta orang berbanding 11.8 juta pada 2007. 

Sebanyak 4.4 peratus daripada jumlah penduduk berusia 65 tahun dan ke atas, berbanding 4.3 peratus pada 2007, manakala 67.1 peratus adalah penduduk dalam kumpulan usia bekerja iaitu 15 hingga 64 tahun. 

Kadar penyertaan guna tenaga bagi lelaki dan wanita masing-masing dijangka kekal 87.2 peratus dan 46.2 peratus, dengan kumpulan umur 20-29 tahun adalah penyumbang terbesar merangkumi 31.3 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga buruh, diikuti kumpulan umur 30-39 tahun pada kadar 27.5 peratus.



Keadaan pasaran buruh yang menggalakkan turut ditunjukkan peningkatan kekosongan pekerjaan sebanyak 34.8 peratus kepada 512,300 kekosongan bagi separuh pertama 2008 seperti laporan Bursa Buruh Elektronik (ELX), berbanding 379,967 kekosongan bagi tempoh sama pada 2007. 

Permintaan bagi pekerjaan profesional seperti pegawai undang-undang, pengurus dan pegawai kanan, profesional, juruteknik dan profesional bersekutu meningkat ketara sebanyak 125.6 peratus kepada 79,214. 

Sektor perkhidmatan mencatat jumlah kekosongan tertinggi dengan 161,149 pekerjaan merangkumi 31.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, diikuti sektor pembuatan (30.5 peratus) dan pertanian (27.9 peratus). 

Sehingga akhir Jun 2008 pula, bilangan pencari kerja aktif didaftarkan adalah seramai 190,237 dengan 47.3 peratus adalah pemegang ijazah dan diploma.


Suasana pasaran buruh yang stabil pada 2008 turut dibuktikan penyusutan kadar pemberhentian pekerja, dengan jumlah pekerja yang diberhentikan bagi tempoh enam bukan pertama 2008 berkurangan 37.7 peratus kepada 5,218. 

Dalam usaha mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, kerajaan melaksanakan beberapa langkah, termasuk menggalakkan penggunaan 'Industrialised Building System' (IBS), terutama dalam projek kerajaan serta meningkatkan penggunaan automasi dan jentera dalam sektor pembuatan dan pertanian. 

Sehingga akhir Mac 2008, jumlah pekerja asing adalah 2.1 juta, iaitu 36 peratus dalam sektor pembuatan, diikuti perladangan (16.1 peratus) dan pembinaan (14.9 peratus).

Graduan perlu bina keterampilan diri berdepan globalisasi: Tengku Abdullah

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu graduan membina keterampilan diri bagi berdepan suasana globalisasi yang penuh dengan persaingan.
Tengku Abdullah, yang juga Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), bertitah kepintaran akal semata-mata bukan tiket mudah untuk mendapat pekerjaan.
"Di era ini, keterampilan diri dan budaya yang cemerlang adalah nilai tambah dan input pekerja yang biasanya diukur oleh majikan. 

"Saban tahun bilangan graduan akan bertambah dan sudah pasti hanya mereka yang benar-benar berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan akan lebih senang mendapat pekerjaan," titah baginda pada majlis konvokesyen keenam UMP di sini, hari ini. 

Justeru, baginda bertitah penyediaan graduan berkualiti bagi menampung tenaga kerja profesional dalam pelbagai bidang perlu bermula sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan. 

Titah baginda, pelaksanaan pelan strategik UMP 2011-2015 dilihat selari dalam hasrat melahirkan graduan bersifat profesional unggul yang bersesuaian dengan keperluan guna tenaga negara. 
Selain itu, Tengku Abdullah bertitah kolaborasi antara UMP dengan universiti antarabangsa yang tersohor mampu menyediakan program yang relevan dengan keperluan industri. 

Pada majlis konvokesyen itu, baginda berkenan menyampaikan ijazah dan diploma kepada 1,290 graduan UMP. 

Daripada jumlah itu, 10 graduan menerima ijazah kedoktoran, 26 (ijazah sarjana), 866 (ijazah sarjana muda) dan 389 (diploma) meliputi lapan pusat pengajian antaranya Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli; Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam; Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dan Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian. 

Sunday 9 October 2011

PENGENALAN

Globalisasi dikatakan sebagai perkembangan terkini dalam integrasi antarabangsa dan mempunyai ciri-ciri yang belum pernah terjadi sebelumnya(OECD, 2007). Terdapat tiga perkembangan utama yang membezakan era globalisasi dengan sebelumnya iaitu pertama, kemasukan China dan India ke dalam ekonomi dunia telah mempunyai kesan yang besar terhadap global melalui  potensi penawaran tenaga buruh. Kedua, perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi perantaraan kepada  firma perdagangan yang membolehkan pelbagai perkhidmatan yang sebelum ini dianggap tidak boleh diniagakan mula mendapat tempat dalam pasaran. Ketiga, pertambahan penduduk yang besar membolehkan hampir semua ekonomi OECD telah meningkat. Melalui proses ini, ahli ekonomi ekonomi menyifatkan ia sebagai manfaat kepada masyarakat global.
Namun begitu, secara khususnya, pasaran buruh dalam era globalisasi ini menimbulkan kebimbangan sebenar bagi golongan pekerja. Globalisasi nampaknya telah membuatkan pekerja berasa kurang selamat dan bimbang akan kedudukan mereka dalam pasaran buruh. Hal ini kerana terdapat tanggapan umum bahawa ekonomi perindustrian tidak akan dapat bersaing dengan barangan import yang dihasilkan oleh buruh asing yang jauh lebih murah. Hasilnya, akan ada tekanan terhadap kadar upah dan peningkatan dalam pengangguran. Di samping itu, buruh asing sering dilihat sebagai ancaman kepada pekerja-pekerja domestik kerana mereka perlu bersaing sektor pekerjaan.
Oleh itu, Program Globalisasi dan pasaran Buruh ( PGPB) di Universiti Nottingham  mengkaji sejauh mana pelarasan pasaran buruh adalah disebabkan oleh globalisasi dan akibat pelarasan ini kepada struktur pasaran buruh. Pelarasan pasaran buruh dikenalpasti melalui perbezaan kadar kewujudan pekerjaan dan kemusnahan firma, sektor, pekerjaan, wilayah atau Negara. Ini boleh menyebabkan kuantiti atau pengangguran dan perubahan kadar gaji berlaku.

Friday 7 October 2011

BUKU RUJUKAN GLOBALISASI

Bagi membincangkan tentang globalisasi ini, saya merujuk kepada buku Globalisation and labour market Adjustment yang disunting oleh David Greenaway, Richard Upward, dan Peter Wright.  Entri yang akan datang, saya membicarakan pengenalan buku tersebut.

Tuesday 4 October 2011

DEFINISI GLOBALISASI

Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:


"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from the global community.


Menurut Kamus Dewan
 globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.